Wednesday, May 16, 2007

Mendaftar sebagai Sukarelawan

Anda bosan? tiada aktiviti hujung minggu ini? Tak tahu bagaimana menghabiskan waktu yang terluang? Andalah orang yang kami cari. Mendaftarlah sebagai sukrelawan Nur Salam sekarang.

Rumah Nur Salam akan mengadakan sesi terbuka pendaftaran sebagai sukarelawan Nur Salam. Pada sesi sehari ini semua sukarelawan akan mendaftar dan sedikit penerangan daripada pihak Yayasan Salam akan diadakan pada hari tersebut bagaimana cara untuk menjadi seorang sukarelawan yang bagus, bagi individu yang pertama menjadi sukarelawan dan bagaimana membantu Nur Salam. Sukarelawan yang telah berkhidmat dengan pelbagai badan NGO atau lain-lain badan juga digalakkan mendaftar. Tarikhnya adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 May 2007
Masa : 9 pagi - 5 petang (Ahad)
Tempat : Rumah Nur Salam, 24 b-c, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur

3 comments:

RADIAH M YUSUF al-HAJ said...

assalamualaikum..,
saya baru je tahu tentang yayasan nur salam ni..masa belajar dulu dia utm kl..sy mmg berminat nk join aktiviti mcm ni tp xdpt info pun sgt..skrg ni dah kerja baru dpt info..itupun sebab saya ada baca 1 magazine dlm flight ketika perjalanan balik dari labuan ke jb...ada paparkn tentang dr.hartini kalau x silap sy la nama dia...dlm majalah lifestyle...Insya Allah betul...tp kalau kurang betul pun...xkisah sgt kot..sebab yg nak difokuskan di sini adalah..x ramai org yg minat nk jadi volunteer tahu tentang PAKK atau apa2 badan yg support kanak2 terbiar ni...biasanya yg joint benda ni student2 social comunity,kaunselor n etc..tp sebenarnya student engineering pun minat jugak...saya dah belek dan lihat laman web nur salam ni dan chowkids...saya sgt berminat nk hulurkan bantuan..kalau masa belajar dulu.. Insya Allah bole tlg repair kan komputer atau mengajar secara percuma..tp dah kerja ni..mmg x berkesempatan la...Saya harap saya akan dpt info tentang cara nak salurkan kewangan selain dari guna cek..mungkin ada akaun bank atau guna wang pos ke?...
saya dah merantau byk tempat sewaktu bekerja ni...saya lihat fenomena kanak2 yang terbiar...saya x nak mereka akhiri hidup dengan kehidupan yang x elok...Insya Allah sama2 la kita membantu..rezeki itu milik Allah.

Anonymous said...

macamana saya nak mendaftar utk jadi sukerelawan??

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.

Rumah Nur Salam

Rumah Nur Salam

KL Time

Chat@Nursalam


Kawan Nursalam

About Me

My photo
Kuala Lumpur, Chow Kit, Malaysia
Our mission is dedicated to improving the quality of lives for the children of Chow Kit

Will this be our playground forever?

Will this be our playground forever?

Poster Nur Salam

Poster Nur Salam
Sumbangan anda sungguh bermakna