Salam...
Selamat datang ke laman blog Rumah Nur Salam. Laman blog ini lebih berkisar kepada berita dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Rumah Nur Salam. Rumah Nur Salam adalah pusat aktiviti dan rumah perlindungan bagi kanak-kanak Chow Kit.
Rumah Nur Salam tercetus daripada penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit (PAKK) yang dahulunya terletak di Lorong Haji Taib. Dibuka sejak 2001 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, PAKK berfungsi sebagai tempat berkumpulnya kanak-kanak terbiar ini untuk mereka berlindung dan beriadah.
Rumah Nur Salam yang dijangka lengkap sepenuhnya akhir April ini, masih dalam proses penyelenggaraan. Terletak di Jalan Chow Kit, bangunan tiga tingkat di bawah kelolaan Yayasan Salam bakal menempatkan kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.
Rumah ini dioperasi sepenuhnya oleh para sukarelawan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memantau perjalanan dan aktiviti kanak-kanak ini.
Rumah Nur Salam masih memerlukan bantuan anda untuk kos penyelenggaraan dan operasi harian. Dana daripada anda amat diperlukan sebagai membantu meringankan beban. Rumah Nur Salam boleh dihubungi di bawah:
Rumah Nur Salam
24b-c, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur
Tel: 03-40454021
Faks: 03-40454031
Email: rumahnursalam@gmail.com (Admin)
Raja Azizan - Pengarah Eksekutif 017-300 9055
Raja Aziz - Koordinator Program 013-4851029
Thursday, May 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rumah Nur Salam

KL Time
Chat@Nursalam
Kawan Nursalam
Related Links
Blog Archive
About Me

- Rumah Nur Salam
- Kuala Lumpur, Chow Kit, Malaysia
- Our mission is dedicated to improving the quality of lives for the children of Chow Kit
Will this be our playground forever?

Poster Nur Salam

Sumbangan anda sungguh bermakna
No comments:
Post a Comment