Tuesday, July 7, 2009
untuk keterangan lanjut mengenai nur salam
Thursday, March 5, 2009
Selasa, 2 Mac 09, skuad era bersama-sama krew era.fm telah datang ke Nur Salam bagi menyerahkan sumbangan wang tunai sejumlah RM 12, 394.60 kepada Pusat Jagaan Kanak-kanak Nur Salam. Nur Salam juga merancang untuk menjadikan Aznil sebagai ikon kepada Nur Salam memandangkan beliau cukup disenangi kanak-kanak.
Pada sabtu lalu (21 Februari), kedua-dua penyampai mengotakan janji mereka menjalani aktiviti amal bagi mengumpul dana untuk disalurkan ke Rumah Nur Salam, sebuah pusat perlindungan dan aktiviti untuk kanak-kanak terbiar di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.Bertempat di hadapan pintu masuk pusat membeli belah Sogo, kedua-dua penyampai memenuhi masa selama enam jam (12 tengah hari hingga 6 petang) bersama para peminat serta pendengar setia Era FM untuk sama-sama beramal mengumpul dana untuk badan kebajikan tersebut.
Menurut Aznil, idea aktiviti amal itu dicetuskan oleh Pengurus Rancangan Era, Nazri Noran. Acara itu merupakan julung kalinya diadakan. Malah, katanya aktiviti amal tersebut adalah sebahagian daripada perancangan Era FM untuk tahun 2009. "Untuk aktiviti ini, anggota badan saya 'dijual' untuk diiklankan. Cabaran Din ialah mencari penderma dengan menyanyi dan saya pula mengambil gambar dengan sesiapa sahaja dengan bayaran RM10."Selain itu, saya juga menawarkan diri untuk makan malam bersama keluarga yang berjaya membuat bidaan paling tinggi."Kerja amal adalah aktiviti yang paling dekat dengan pendengar.
Era merancang untuk menjalankan kerja-kerja sebegini secara berterusan dan aktiviti ini adalah sebagai permulaan," terang personaliti itu lagi.Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul pada hari tersebut ialah RM12,394.60 dan cek sumbangan disampaikan oleh Nazri kepada Pengarah Eksekutif Rumah Nur Salam, Raja Azizan Suhaimi Raja Abd. Latiff. Jumlah tersebut merangkumi bidaan tertinggi, RM370 tawaran makan malam bersama Aznil oleh keluarga Raja Norziha dan anaknya Puteri Nabilah dari Taman Tun Teja, Rawang, Selangor serta lelongan RM310 sut Astro yang dipakai oleh Aznil sepanjang acara tersebut.Turut hadir memberikan sokongan ialah para penyampai Era FM iaitu Adi, Ray, Nana, Cham, Burn dan Reza.
Saturday, February 7, 2009
Anjuran; The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad
Tarikh; 31 Januari 2009
Masa; 10.00 Pagi – 12.00 Tgh
Tempat; Lobi Utama, NSTP, Balai Berita Bangsar, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur
Tujuan aktiviti; Mendekatkan kanak-kanak dengan aktiviti berbentuk hiburan dan pendidikan
Program; Senilukis
Anjuran; Sanggar SAINS Sdn. Bhd, Universiti Sains Malaysia
Tarikh; 31 Januari 2009
Masa; 2.00 Ptg – 5.00 Ptg
Tempat; Rumah Nur Salam, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur
Tujuan aktiviti; Hasil kerja seni lukis kanak-kanak Rumah Nur Salam akan dipamerkan sebagai sebahagian program TB, seterusnya menjadi satu petunjuk keberhasilan usaha gigih Rumah Nur Salam dalam mengasuh, menjaga dan mendidik kanak-kanak dari keluarga yang kurang sempurna di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Program; Majlis Penghargaan Sukarelawan
Anjuran; Yayasan Salam Malaysia & Rumah Nur Salam
Tarikh; 18 Januari 2009
Masa; 8.00 Pagi – 1.00 Ptg
Tempat; Dewan Gemilang, Kolej 12, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Tujuan; Penganugerahan sijil kepada penaja-penaja Rumah Nur Salam, pekerja cemerlang Rumah Nur Salam dan Rumah Sinar Salam.
Program; SuriaFM “Lelong Roadtour 2009’ Charity Campaign
Anjuran; SuriaFM
Tarikh; 18 Januari 2009
Masa; 3.00 Ptg – 6.00 Ptg
Tempat; Mydin Usj, Petaling Jaya, Selangor
Tujuan; Jualan lelong barangan artis untuk menambah dana Rumah Nur Salam. Antara artis yang terlibat seperti Dafi, Erra Fazira Imran Ajmain, Farah Asyikin, Dan Nubhan.
Program;“ Selamatkan Rakyat Palestin”
Anjuran; Kementerian Luar Negara
Tarikh; 16 Januari 2009
Masa; 9.00 Pagi – 12.00 Tgh
Tempat; Wisma Putra, Putrajaya
Tujuan; pameran “Selamatkan Rakyat Palestin” dan penyerahan cek kepada Dato Ahmad Talib, Yayasan Salam Malaysia oleh YB Dato’ Seri Utama Rais Yatim menteri luar Negara
Monday, January 5, 2009
I-play Toy Library@Chow Kit.
Pengenalan
“i-play Toy Tibrary” merupakan satu projek kemasyarakatan yang diperkenalkan oleh kumpulan syarikat Educate To Learn Sdn. Bhd (E2L). Projek ini mendapat sokongan dan sumbangan tajaan daripada Yayasan Emkay sebanyak RM200 000. i-play Toy Library@Chow Kit adalah satu-satunya toy library yang diwujudkan di Kuala Lumpur.
Objektif
Perpustakaan Permainan ‘i-play’ bertujuan memudahkan kanak-kanak dan pendidik memperolehi bahan dan sumber yang berkualiti untuk menyokong pembelajaran kanak-kanak melalui bermain.
Lokasi I-Play Toy Library
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chow Kit/Rumah Nur Salam
No 24 B&C, Jalan Chow Kit
50350 Kuala Lumpur.
Kumpulan Sasaran
Semua kanak-kanak yang berusia antara 4-12 tahun yang berdaftar di pusat aktiviti kanak-kanak chow kit dan nur salam
Keahlian
Individu – Percuma
Waktu Perkhidmatan
Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
10-00-12.00P.M & 3.00-5.00PM
Permohonan khas diluar waktu perkhidmatan biasa boleh diatur mengikut permohonan daripada organisasi/NGO tertentu
35 Kanak-Kanak Nur Salam Ditempatkan Di Sekolah Berasrama
Satu mesyuarat telah diadakan pada tarikh tersebut yang melibatkan ketua sektor pengurusan sekolah, En. Jamaludin bin Abdullah dan 8 pengetua dari sekolah wilayah persekutuan. Dari Rumah Nur Salam yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif dan 2 Pekerja Social. Mesyuarat ini diadakan bagi memberi maklumat dan penempatan pelajar Rumah Nur Salam di sekolah harian biasa sekitar kuala Lumpur. Terdapat 35 orang kanak-kanak telah terpilih iaitu 18 daripadanya adalah kanak-kanak perempuan dan 17 orang kanak-kanak lelaki. Semua kanak-kanak terpilih akan ditempatkan di asrama sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara sekolah yang dipilih iaitu;
Sek. Men. Keb. Seri Saujana
Sek. Men. Keb. Puteri Wilayah
Sek. Men. Keb. Raja Ali
Sek. Men. Keb. Bandar Tasek Selatan
Sek. Men. Keb. Petaling
Sek. Men. Keb. Raja Abdullah
Sek. Men. Keb. Segambut Jaya
Sek. Men. Keb. Tinggi Setapak
Tarikh daftar kanak-kanak ke asrama pada 4 Januari 2009. Program ini adalah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektif program ini bagi mengelakkan kanak-kanak yang terpilih dari mewarisi ibu bapa mereka.
Tuah Nur Salam Buat Lisda & Fauzi

Saturday, September 27, 2008
Boy delighted with book donation
KUALA LUMPUR: Like any other 12-year-old, Mohd Ashraf Mokhtar likes to read. He spends a good part of his daily schedule revising school work or reading religious materials.
Yesterday, he added English storybooks to his list of reading materials, thanks to a donation by the New Straits Times to a 24-hour activity centre for children in Jalan Chow Kit.The centre, which is open to children under the age of 18, is a project between the Federal Territory Welfare Department and Yayasan Salam Malaysia to assist, protect and address the issues that children face and to provide a "safe" zone or sanctuary for them. The book donation by the NST was part of its corporate social responsibility, meant to encourage more children to speak English while instilling proper reading habits in them.
One of the centre's founders, Raja Azizan Suhaimi Raja Abd Latiff, was on hand to receive the 200 books, collected from an NST donation drive last year.
"We are thankful for this as it will increase our reading materials and assist the children in improving their command of the language," Raja Azizan said.Ashraf said he could not wait to start reading the books, which included titles from Enid Blyton and others."I am happy that the centre is getting the books as I can improve my English." Also present at the ceremony were The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd marketing senior manager Wan Abdillah Wan Nawi and NST brand executive Hafiza Zainal Abidin
Tuesday, July 22, 2008
Green Program at Nur salam
Student From Graduate Employability Enhancement Program organizing by Khazanah Nasional was coming for sharing Knowledge, Skill and Experiance to children Rumah Nur Salam.
Their spend time 3 hours for the kids every weekend for two month. for the last program, children Rumah Nur Salam will be visiting the Place Green Program at Darul Puteri Cheras Kuala Lumpur on August 2nd 2008. The children will be particapate Motivation Course and many program at there.
Rumah Nur Salam

KL Time
Chat@Nursalam
Kawan Nursalam
Related Links
Blog Archive
About Me

- Rumah Nur Salam
- Kuala Lumpur, Chow Kit, Malaysia
- Our mission is dedicated to improving the quality of lives for the children of Chow Kit
Will this be our playground forever?

Poster Nur Salam

Sumbangan anda sungguh bermakna