Thursday, March 5, 2009




Era Fm menceriakan kanak-kanak di Nur Salam


Selasa, 2 Mac 09, skuad era bersama-sama krew era.fm telah datang ke Nur Salam bagi menyerahkan sumbangan wang tunai sejumlah RM 12, 394.60 kepada Pusat Jagaan Kanak-kanak Nur Salam. Nur Salam juga merancang untuk menjadikan Aznil sebagai ikon kepada Nur Salam memandangkan beliau cukup disenangi kanak-kanak.

Pada sabtu lalu (21 Februari), kedua-dua penyampai mengotakan janji mereka menjalani aktiviti amal bagi mengumpul dana untuk disalurkan ke Rumah Nur Salam, sebuah pusat perlindungan dan aktiviti untuk kanak-kanak terbiar di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.Bertempat di hadapan pintu masuk pusat membeli belah Sogo, kedua-dua penyampai memenuhi masa selama enam jam (12 tengah hari hingga 6 petang) bersama para peminat serta pendengar setia Era FM untuk sama-sama beramal mengumpul dana untuk badan kebajikan tersebut.

Menurut Aznil, idea aktiviti amal itu dicetuskan oleh Pengurus Rancangan Era, Nazri Noran. Acara itu merupakan julung kalinya diadakan. Malah, katanya aktiviti amal tersebut adalah sebahagian daripada perancangan Era FM untuk tahun 2009. "Untuk aktiviti ini, anggota badan saya 'dijual' untuk diiklankan. Cabaran Din ialah mencari penderma dengan menyanyi dan saya pula mengambil gambar dengan sesiapa sahaja dengan bayaran RM10."Selain itu, saya juga menawarkan diri untuk makan malam bersama keluarga yang berjaya membuat bidaan paling tinggi."Kerja amal adalah aktiviti yang paling dekat dengan pendengar.

Era merancang untuk menjalankan kerja-kerja sebegini secara berterusan dan aktiviti ini adalah sebagai permulaan," terang personaliti itu lagi.Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul pada hari tersebut ialah RM12,394.60 dan cek sumbangan disampaikan oleh Nazri kepada Pengarah Eksekutif Rumah Nur Salam, Raja Azizan Suhaimi Raja Abd. Latiff. Jumlah tersebut merangkumi bidaan tertinggi, RM370 tawaran makan malam bersama Aznil oleh keluarga Raja Norziha dan anaknya Puteri Nabilah dari Taman Tun Teja, Rawang, Selangor serta lelongan RM310 sut Astro yang dipakai oleh Aznil sepanjang acara tersebut.Turut hadir memberikan sokongan ialah para penyampai Era FM iaitu Adi, Ray, Nana, Cham, Burn dan Reza.

No comments:

Rumah Nur Salam

Rumah Nur Salam

KL Time

Chat@Nursalam


Kawan Nursalam

About Me

My photo
Kuala Lumpur, Chow Kit, Malaysia
Our mission is dedicated to improving the quality of lives for the children of Chow Kit

Will this be our playground forever?

Will this be our playground forever?

Poster Nur Salam

Poster Nur Salam
Sumbangan anda sungguh bermakna