Monday, January 5, 2009

Tuah Nur Salam Buat Lisda & Fauzi


PUTRAJAYA, 27 DIS 2008: Tiada lagi keraguan di hati, akhirnya majoriti penonton serta peminat setia pertandingan tarian amal Sehati Berdansa 2 memilih pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, sebagai Juara Sehati Berdansa 2 yang berakhir dalam suasana paling meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Lis & Fauzi berjaya menewaskan Amyza Adnan & Khairil Azhar dalam saingan yang begitu sengit iaitu menerusi 2 cabaran berupa Tarian Melayu kontemporari serta Latin.Dengan kejayaan paling manis itu, Lis dan Fauzi berjaya menyumbangkan sejumlah RM15,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka iaitu Rumah Nur Salam, di Chow Kit, Kuala Lumpur.
"Syukurlah. Sebenarnya, pertama kali saya melangkahkan kaki ke Rumah Nur Salam, hati saya sebagai seorang ayah sudah berdetik bahawa saya dan Lis mesti berusaha sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang terbiar itu. Sebab itulah kami sanggup bekerja keras setiap minggu. "Saya harap wang RM15,000 itu akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk membantu penghuni di Rumah Nur Salam," kata Fauzi kepada murai.com.my.

Mereka menerima hadiah itu daripada Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan."Bagi Lis inilah rahsia Sehati Berdansa yang Lis boleh dedahkan kepada semua orang. Kita bukan sahaja puas dapat membantu badan kebajikan atau mereka yang begitu memerlukan tetapi juga mampu mengeratkan lagi kasih sayang terhadap pasangan kita," katanya yang tidak putus-putus memeluk Fauzi.

Juri bagi peringkat final itu adalah Linda Jasmine, Hamzah Tahir dan Anthony Meh. Namun pada malam tadi, juri sekadar memberi komen dan keputusan adalah berdasarkan undian SMS 100 peratus daripada peminat. Pada awalnya, Amyza & Khairil dilihat mendahului carta undian tetapi kemudian barulah berpindah kedudukan kepada Lis & Fauzi.

Bagi memeriahkan pertandingan itu, ribuan penonton yang penuh sesak dalam Dewan B, PICC itu dihiburkan oleh Siti Sarah, Damien dan Stacy. Program itu dihoskan oleh Linda Onn dan Fahrin Ahmad. Ia ke udara secara langsung menerusi Astro Prima mulai jam 9 malam dan akan diulang siaran menerusi Astro Ria.

No comments:

Rumah Nur Salam

Rumah Nur Salam

KL Time

Chat@Nursalam


Kawan Nursalam

About Me

My photo
Kuala Lumpur, Chow Kit, Malaysia
Our mission is dedicated to improving the quality of lives for the children of Chow Kit

Will this be our playground forever?

Will this be our playground forever?

Poster Nur Salam

Poster Nur Salam
Sumbangan anda sungguh bermakna