Monday, January 5, 2009

I-play Toy Library@Chow Kit.





Pengenalan
“i-play Toy Tibrary” merupakan satu projek kemasyarakatan yang diperkenalkan oleh kumpulan syarikat Educate To Learn Sdn. Bhd (E2L). Projek ini mendapat sokongan dan sumbangan tajaan daripada Yayasan Emkay sebanyak RM200 000. i-play Toy Library@Chow Kit adalah satu-satunya toy library yang diwujudkan di Kuala Lumpur.

Objektif
Perpustakaan Permainan ‘i-play’ bertujuan memudahkan kanak-kanak dan pendidik memperolehi bahan dan sumber yang berkualiti untuk menyokong pembelajaran kanak-kanak melalui bermain.

Lokasi I-Play Toy Library
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chow Kit/Rumah Nur Salam
No 24 B&C, Jalan Chow Kit
50350 Kuala Lumpur.

Kumpulan Sasaran
Semua kanak-kanak yang berusia antara 4-12 tahun yang berdaftar di pusat aktiviti kanak-kanak chow kit dan nur salam

Keahlian
Individu – Percuma

Waktu Perkhidmatan
Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
10-00-12.00P.M & 3.00-5.00PM
Permohonan khas diluar waktu perkhidmatan biasa boleh diatur mengikut permohonan daripada organisasi/NGO tertentu

35 Kanak-Kanak Nur Salam Ditempatkan Di Sekolah Berasrama

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, 19 Disember 2008;

Satu mesyuarat telah diadakan pada tarikh tersebut yang melibatkan ketua sektor pengurusan sekolah, En. Jamaludin bin Abdullah dan 8 pengetua dari sekolah wilayah persekutuan. Dari Rumah Nur Salam yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif dan 2 Pekerja Social. Mesyuarat ini diadakan bagi memberi maklumat dan penempatan pelajar Rumah Nur Salam di sekolah harian biasa sekitar kuala Lumpur. Terdapat 35 orang kanak-kanak telah terpilih iaitu 18 daripadanya adalah kanak-kanak perempuan dan 17 orang kanak-kanak lelaki. Semua kanak-kanak terpilih akan ditempatkan di asrama sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara sekolah yang dipilih iaitu;

Sek. Men. Keb. Seri Saujana
Sek. Men. Keb. Puteri Wilayah
Sek. Men. Keb. Raja Ali
Sek. Men. Keb. Bandar Tasek Selatan
Sek. Men. Keb. Petaling
Sek. Men. Keb. Raja Abdullah
Sek. Men. Keb. Segambut Jaya
Sek. Men. Keb. Tinggi Setapak

Tarikh daftar kanak-kanak ke asrama pada 4 Januari 2009. Program ini adalah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektif program ini bagi mengelakkan kanak-kanak yang terpilih dari mewarisi ibu bapa mereka.

Tuah Nur Salam Buat Lisda & Fauzi


PUTRAJAYA, 27 DIS 2008: Tiada lagi keraguan di hati, akhirnya majoriti penonton serta peminat setia pertandingan tarian amal Sehati Berdansa 2 memilih pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, sebagai Juara Sehati Berdansa 2 yang berakhir dalam suasana paling meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Lis & Fauzi berjaya menewaskan Amyza Adnan & Khairil Azhar dalam saingan yang begitu sengit iaitu menerusi 2 cabaran berupa Tarian Melayu kontemporari serta Latin.Dengan kejayaan paling manis itu, Lis dan Fauzi berjaya menyumbangkan sejumlah RM15,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka iaitu Rumah Nur Salam, di Chow Kit, Kuala Lumpur.
"Syukurlah. Sebenarnya, pertama kali saya melangkahkan kaki ke Rumah Nur Salam, hati saya sebagai seorang ayah sudah berdetik bahawa saya dan Lis mesti berusaha sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang terbiar itu. Sebab itulah kami sanggup bekerja keras setiap minggu. "Saya harap wang RM15,000 itu akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk membantu penghuni di Rumah Nur Salam," kata Fauzi kepada murai.com.my.

Mereka menerima hadiah itu daripada Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan."Bagi Lis inilah rahsia Sehati Berdansa yang Lis boleh dedahkan kepada semua orang. Kita bukan sahaja puas dapat membantu badan kebajikan atau mereka yang begitu memerlukan tetapi juga mampu mengeratkan lagi kasih sayang terhadap pasangan kita," katanya yang tidak putus-putus memeluk Fauzi.

Juri bagi peringkat final itu adalah Linda Jasmine, Hamzah Tahir dan Anthony Meh. Namun pada malam tadi, juri sekadar memberi komen dan keputusan adalah berdasarkan undian SMS 100 peratus daripada peminat. Pada awalnya, Amyza & Khairil dilihat mendahului carta undian tetapi kemudian barulah berpindah kedudukan kepada Lis & Fauzi.

Bagi memeriahkan pertandingan itu, ribuan penonton yang penuh sesak dalam Dewan B, PICC itu dihiburkan oleh Siti Sarah, Damien dan Stacy. Program itu dihoskan oleh Linda Onn dan Fahrin Ahmad. Ia ke udara secara langsung menerusi Astro Prima mulai jam 9 malam dan akan diulang siaran menerusi Astro Ria.

Rumah Nur Salam

Rumah Nur Salam

KL Time

Chat@Nursalam


Kawan Nursalam

About Me

My photo
Kuala Lumpur, Chow Kit, Malaysia
Our mission is dedicated to improving the quality of lives for the children of Chow Kit

Will this be our playground forever?

Will this be our playground forever?

Poster Nur Salam

Poster Nur Salam
Sumbangan anda sungguh bermakna